Friday, December 11, 2020

Memo: Apa itu MySG

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Apa Itu MySG


  1. MySG bermaksud Malaysian School Governance dan ia merupakan Modul Tadbir Urus Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah KPM.

  2. MySG merupakan salah satu perakuan daripada sembilan perakuan yang terdapat dalam Kajian Inisiatif #97 PPPM 2013-2025: Menangani Tugas dan Tanggungjawab Guru di Sekolah-sekolah KPM yang diterajui dan dibangunkan oleh Unit Guru 2, Cawangan Dasar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dengan kerjasama Bahagian-bahagian KPM, JPN, PPD, kesatuan guru termasuk GMGBM dan MPSM.

  3. Ketua Projek ini ialah Tuan Syed Abdul Hafiz bin Syed Mohamad (Ketua Penolong Setiausaha, Unit Pembangunan Dasar Sumber Manusia Guru 2) dan dibantu oleh Setiausaha Projek Dr. Siti Faizah binti Said (Penolong Setiausaha, Unit Pembangunan Dasar Sumber Manusia Guru 1).

  4. Pada asalnya MGB Selangor yang terlibat dengan MySG sejak November 2018, namun apabila YDP MGB Selangor dilantik menjadi YDP GMGBM maka mulai Disember 2019 MySG mula bekerjasama dengan GMGBM.

  5. MGB Selangor banyak membantu BPSM dalam penyediaan MySG sejak awal lagi berbentuk sumbangan idea, kepakaran, tenaga kerja, sidang redaksi termasuk membiayai beberapa siri bengkel dan mesyuarat.

  6. Di antara Guru Besar yang memainkan peranan penting dalam penyediaan MySG adalah seperti berikut :

    1. Sukimin bin Juki - Ketua Fasilitator

    2. Abdul Rahim bin Abu - Fasilitator

    3. Hj Nor Azmi bin Rahmat - Fasilitator

    4. Maznah binti Zaini - Ketua Sidang Redaksi

Ramai lagi guru besar yang terbabit menjadi ahli perbengkelan mahupun penyemak yang  bersilih-ganti sejak tahun 2018 hingga sekarang.

  1. Berdasarkan perancangan awal, MySG sepatutnya dilancarkan pada Januari 2021, namun disebabkan PKP sejak Mac 2020 diikuti dengan PKPB, PKPP dan PKPD telah mengganggu kerja-kerja menyiapkannya hingga menyebabkan sedikit tertangguh pelancarannya.  

  2. Perancangan terkini, MySG insyaAllah akan dilancarkan pada Mac 2021.

  3. Kandungan MySG sebanyak 4 bab merangkumi perkara berikut :

  1. Komponen dan subkomponen pengurusan sekolah.

  2. Pelaksana pengurusan sekolah:

  • Portfolio berjawatan (H)

  • Portfolio tanpa jawatan (P)

  • Jawatankuasa (J)

  1. Senarai tugas setiap pelaksana.

  2. Punca kuasa dan garis panduan.

  3. Bahagian peneraju di KPM.



  1. Di antara kepentingan MySG adalah seperti berikut :

  1. Rujukan rasmi pengurusan sekolah yang komprehensif dan sistematik.

  2. Membantu meningkatkan lagi kefahaman guru dan AKP terhadap tugas dan peranan masing-masing di sekolah serta mengurangkan isu pertikaian dan pertindihan kerja di antara guru dan AKP.

  3. Membantu sekolah membentuk jawatankuasa yang tepat yang dapat membantu mengurangkan bebanan guru-guru.

  4. Meminimumkan bilangan jawatankuasa di sekolah berdasarkan fungsi (bukan program).

  5. MySG juga menerangkan dengan jelas senarai tugas guru dan AKP  berjawatan hakiki dan juga penerangan jawatan portfolio yg memainkan peranan penting di sekolah dan dinamakan Portfolio tanpa jawatan

  6. Menjelaskan senarai tugas dan kompleksiti tugas guru dan AKP di sekolah.

  7. Menjelaskan waktu bekerja guru sebagai penjawat awam.

  1. Salah satu keistimewaan buku ini ialah apabila menyusun dan menghimpunkan semula semua tugas-tugas di sekolah di kalangan guru, pentadbir dan AKP berdasarkan punca kuasa sah yang dikeluarkan oleh KPM.

  2. MySG merupakan satu dokumentasi pertama dikeluarkan oleh KPM yang menerangkan secara menyeluruh  senarai tugas dan modul tadbir urus sekolah.

  3. Penerangan ringkas tentang MySG ini juga boleh diperolehi dengan menonton (hingga minit ke-28) klip video di pautan ini https://m.youtube.com/watch?v=_ODRQ47Va_A.



Saya percaya pada masa ini, rata-rata kebanyakan Guru Besar sedang sibuk menyediakan Pelan Strategik Organisasi, maka dalam MySG ada dinyatakan personal yang terbabit dengan penyediaannya di sekolah dan Bahagian manakah di KPM yang bertanggungjawab terhadap bidang tugas ini.

Jadual dipetik dari Bab 4


Yang benar,


SUKIMIN BIN JUKI

Yang Dipertua

Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia

12/12/2020