- Perlembagaan MGB Daerah Sepang ini merupakan template Perlembagaan untuk kegunaan semua MGB Daerah.
- Setiap MGB Daerah hanya perlu menukar perkataan-perkataan yang berwarna merah mengikut daerah masing-masing.
PERLEMBAGAAN
MAJLIS GURU BESAR DAERAH SEPANG NEGERI SELANGOR
-
Mesra, Muafakat, Muhibah dan Efisien
FASAL 1
NAMA DAN ALAMAT
Nama Majlis ini ialah Majlis Guru Besar Daerah Sepang, ringkasnya MGBD dan selepas itu disebut Majlis.
Pejabat Majlis ini ialah di sekolah Setiausaha bertugas atau ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa Tadbir Majlis.
Tempat mesyuarat Majlis akan ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa Tadbir Majlis dari semasa ke semasa.
FASAL 2
DEFINISI
Perkataan Guru Besar bermaksud semua guru yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Guru Besar di sekolah rendah dalam Daerah Sepang.
Pendaftar maknanya Pengarah Pendidikan Negeri Selangor.
Penasihat maknanya Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Sepang.
Pegawai Perhubungan maknanya Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pengurusan Sekolah) Daerah Sepang.
Ahli maknanya semua Guru Besar sekolah rendah dalam Daerah Sepang.
Pegawai Tadbir Majlis maknanya Guru Besar yang dipilih atau dilantik dalam Mesyuarat Agung Majlis yang terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari.
Ahli Jawatankuasa maknanya Guru Besar yang dipilih dalam Mesyuarat Agung Majlis menjadi Ahli Jawatankuasa Majlis.
Jawatankuasa Tadbir Majlis merupakan sebuah jawatankuasa yang bertanggungjawab mentadbir urus Majlis dengan diketuai oleh Pengerusi dan barisan Pegawai Tadbir Majlis yang lain bersama-sama dengan barisan Ahli Jawatankuasa.
Majlis Guru Besar Negeri Selangor (MGBS) maknanya Majlis peringkat negeri yang menggabungkan semua Majlis Guru Besar Daerah dalam Negeri Selangor.
FASAL 3
TUJUAN
Mengeratkan hubungan muhibah di antara Guru-guru Besar di semua peringkat dan semua jenis sekolah rendah dalam daerah Sepang.
Bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pengalaman pentadbiran dan pendapat yang boleh meningkatkan prestasi pembelajaran dan pengajaran di sekolah-sekolah rendah Daerah Sepang.
Menyokong dan bekerjasama dengan Majlis Guru Besar Selangor dan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia.
Memberi kerjasama kepada Pejabat Pendidikan Daerah Sepang, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melicinkan pelaksanaan dan keperluan Dasar Pendidikan Kebangsaan serta program dan aktiviti pendidikan.
Mendukung dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Berusaha meningkatkan kerja berprestasi tinggi dalam perkhidmatan dan profesion guru besar.
Berusaha meningkatkan kebajikan, kemasyarakatan dan tatasusila guru besar.
FASAL 4
KEAHLIAN
Keahlian Majlis Guru Besar Daerah Sepang adalah terdiri daripada Guru-Guru Besar sekolah rendah kerajaan dan sekolah rendah bantuan kerajaan dalam Daerah Sepang,
FASAL 5
KEWAJIBAN AHLI
Mematuhi Perlembagaan
Menjelaskan Yuran Tahunan mengikut kehendak perlembagaan Fasal 12 Ceraian 2.
Melaksanakan segala keputusan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis dalam mesyuarat agung biasa atau luar biasa.
Menyokong segala usaha, aktiviti dan program yang dianjur dan dikelolakan oleh Majlis Guru Besar Daerah Sepang.
FASAL 6
HAK AHLI
Mendapat faedah mengikut Fasal 3
Hak bersuara
Hak mengundi (tertakluk kepada Yuran Tahunan telah dijelaskan).
FASAL 7
PELUCUTAN KEAHLIAN
Mana-mana ahli yang tidak mematuhi perlembagaan, peraturan atau arahan Jawatankuasa Tadbir Majlis maka keanggotaannya boleh digantung atau diberhentikan daripada menjadi ahli setelah diputuskan oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis.
Mana-mana ahli yang telah digantung atau diberhentikan keanggotaannya maka ia boleh membuat rayuan bertulis kepada Pengerusi untuk dipertimbangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis. Keputusan majoriti Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis adalah muktamad.
Mana-mana ahli yang telah bersara, berhenti tugas oleh pendaftar, pindah tugas di luar Daerah Sepang, pindah tugas ke Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah atau lain-lain agensi telah lucut keahlian.
FASAL 8
PENTADBIRAN
Penasihat
Pegawai Penyelaras Perhubungan
Majlis Guru Besar Daerah Sepang akan ditadbir oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis yang terdiri daripada:
Enam orang Pegawai Tadbir
Seorang Pengerusi
Seorang Timbalan Pengerusi
Seorang Naib Pengerusi
Seorang Setiausaha
Seorang Penolong Setiausaha
Seorang Bendahari
Tujuh orang Ahli Jawatankuasa
Semua Anggota Jawatankuasa Tadbir Majlis hendaklah dipilih/lantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan Biasa tiga tahun sekali.
Pegawai Tadbir Majlis ini diberi kuasa untuk melantik mana-mana Pegawai Tadbir Majlis atau Ahli Jawatankuasa jika berlaku kekosongan jawatan Pegawai Tadbir Majlis.
Jawatankuasa Tadbir Majlis ini diberi kuasa untuk melantik mana-mana ahli jika berlaku kekosongan jawatan Jawatankuasa.
Jawatankuasa Tadbir Majlis diberi kuasa menubuhkan Jawatankuasa Kecil.
Secara automatik Pengerusi dan Setiausaha akan mewakili daerah untuk menjadi Anggota Jawatankuasa Tadbir Majlis Peringkat Negeri. Sekiranya berlaku keadaan di mana Pengerusi atau Setiausaha enggan menjadi Anggota Jawatankuasa Tadbir Majlis Peringkat Negeri, ia perlu menulis surat rasmi kepada Jawatankuasa Tadbir Majlis
Jawatankuasa Tadbir Majlis hendaklah bermesyuarat untuk memilih pengganti berdasarkan merit, kesesuaian dan keperluan.
Memaklumkan secara rasmi kepada Jawatankuasa Tadbir Majlis Peringkat Negeri.
Sekiranya Pengerusi atau Setiausaha Majlis Guru Besar Daerah Sepang yang dipilih/dilantik menjadi Pegawai Tadbir Majlis Negeri Selangor, maka Majlis perlu menggantikan kuota Ahli Exco Majlis Negeri bagi Sepang berdasarkan jawatan yang disandang oleh Pegawai Tadbir Majlis atau Ahli Jawatankuasa Tadbir tersebut berdasarkan merit, kekananan, keperluan dan kepentingan kepada Majlis Guru Besar Negeri Selangor ataupun Majlis Guru Besar Daerah Sepang.
FASAL 9
MESYUARAT-MESYUARAT
Mesyuarat Agung Majlis hendaklah diadakan sekali setiap tahun sebelum bulan April tahun tersebut kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Pendaftar.
Mesyuarat Agung Tahunan Majlis ini diadakan untuk membentang dan meluluskan hal-hal seperti berikut:
Menerima dan mengesahkan Peringatan Mesyuarat Agung Perwakilan Negeri yang lepas.
Menerima dan mengesahkan Laporan Tahunan Jawatankuasa Tadbir Majlis.
Membentang dan menerima Penyata Kewangan Tahunan Majlis.
Membentang dan menerima Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan Tahunan
Setiap tiga (3) tahun memilih Pegawai-Pegawai Tadbir Majlis bagi jawatan dalam Fasal 8 (Ceraian 8.3.1.1 hingga 8.3.1.3) iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Naib Pengerusi.
Jawatan dalam Fasal 8 (Ceraian 8.3.1.4 hingga 8.3.1.6) iaitu Setiausaha, Bendahari dan Penolong Setiausaha adalah lantikan oleh Pengerusi dari kalangan mana-mana Ahli Jawatankuasa atau ahli.
Setiap tiga (3) tahun memilih tujuh Ahli Jawatankuasa.
Setiap tiga (3) tahun memilih dua orang Juruaudit Dalam.
* Tidak boleh dipilih dari kalangan mana-mana anggota Jawatankuasa Tadbir Majlis
Menerima cadangan-cadangan dan usul-usul oleh perwakilan atau daripada Jawatankuasa Tadbir.
Sekiranya berlaku kekosongan jawatan mana-mana Juruaudit Dalam, Jawatankuasa Tadbir Majlis ini diberi kuasa untuk melantik dengan kadar segera mana-mana ahli untuk menggantikannya.
Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis hendaklah diadakan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sekali. Mana-mana Ahli Jawatankuasa Tadbir Majlis yang tidak dapat hadir perlu dinyatakan secara bersurat.
Mesyuarat Agung Tahunan Luar Biasa boleh diadakan dalam mana-mana keadaan berikut:
apabila difikirkan perlu oleh Jawatankuasa Tadbir
atas permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya 1/3 daripada jumlah ahli Majlis Guru Besar Daerah Sepang.
atas arahan Pendaftar
Mesyuarat Agung Perwakilan Luar Biasa
hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh keputusan Jawatankuasa Tadbir, atau tarikh penerimaan permintaan Ahli Majlis Guru Besar atau tarikh arahan Pendaftar mengikut mana yang berkenaan.
Notis Bertulis Mesyuarat Agung Tahunan Luar Biasa hendaklah dikemukakan kepada perwakilan selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh persidangan hendak diadakan dan perlu menyatakan tujuan mesyuarat tersebut diadakan.
Urusan Mesyuarat Agung Tahunan Luar Biasa hendaklah dihadkan kepada tujuan mesyuarat tersebut sahaja.
Mesyuarat Agung Tahunan Biasa dan Luar Biasa dipengerusikan oleh Pengerusi Majlis atau seseorang yang dilantik dalam Mesyuarat Agung berkenaan.
Pengerusi mempunyai hak undi pemutus yang muktamad sekiranya tiada majoriti
FASAL 10
KUORUM
Ahli-ahli Mesyuarat Agung Tahunan adalah terdiri daripada:
Semua Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Tadbir Majlis
Semua ahli
*Hanya mereka yang telah membayar Yuran Tahunan layak.
Kuorum Mesyuarat Agung Tahunan Biasa atau Luar Biasa hendaklah tidak kurang daripada tiga kali jumlah bilangan Pegawai Tadbir Majlis dan Ahli Jawatankuasa.
Kuorum Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah sekurang-kurangnya satu perdua ( ½ ) daripada jumlah Pegawai Tadbir Majlis dan Ahli Jawatankuasa.
FASAL 11
TANGGUNGJAWAB
Pengerusi
Mempengerusikan setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.
Mempunyai hak undi pemutus yang muktamad
Menandatangani Peringatan Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis yang diluluskan.
Mengawasi pentadbiran Majlis
Memerhati bahawa undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan ini dipatuhi oleh ahli.
Menghadiri dalam mana-mana majlis perjumpaan mesyuarat jika diundang oleh mana-mana pihak.
Mengeluarkan sebarang kenyataan akhbar, ulasan dan sebarang maklumat mengenai perjalanan badan ini dari semasa ke semasa.
Menjadi penandatangan sebarang cek dan baucar pembayaran atau pelulus transaksi dalam talian bagi pihak Majlis
Menjadi Pengerusi Disiplin dan Tatatertib Majlis.
Menjadi Ahli Exco Majlis Guru Besar Selangor.
Timbalan Pengerusi
Menjalankan program atau melaksanakan tugas yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis dari semasa ke semasa..
Membantu Pengerusi dan menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaannya atau apabila diarahkan.
Tugas-tugasnya adalah seperti terkandung di dalam Fasal 11.1 kecuali 11.1.8
Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.
Naib Pengerusi
Menjalankan program atau melaksanakan tugas yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis dari semasa ke semasa.
Membantu Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dan menjalankan tugas Pengerusi / Timbalan Pengerusi semasa ketiadaan mereka atau apabila diarahkan.
Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.
Setiausaha
Bertanggungjawab secara langsung kepada Pengerusi.
Mencatat segala peringatan mesyuarat majlis.
Bertanggungjawab tentang hal surat-menyurat.
Menjalankan atau melaksanakan tugas yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis dari semasa ke semasa.
Menyedia Laporan Tahunan.
Menyimpan semua surat-menyurat atau semua dokumen Majlis.
Menyimpan semua data peribadi Pegawai dan Jawatankuasa Tadbir.
Setiausaha hendaklah menandatangani semua cek, baucar dan dokumen kewangan bersama-sama Bendahari semasa ketiadaan Pengerusi.
Bertanggungjawab mengeluarkan sebarang maklumat dan siaran berita, mengenai aktiviti Majlis kepada media massa setelah mendapat persetujuan Pengerusi.
Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.
Memanggil Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis, Mesyuarat Agung Tahunan Biasa dan Luar Biasa pada bila-bila masa yang dikehendaki.
Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat dan dokumentasi.
Menjadi Ahli Exco Majlis Guru Besar Selangor.
Penolong Setiausaha
Membantu kerja-kerja Setiausaha.
Menjalankan tugas Setiausaha semasa ketiadaannya atau apabila diarahkan seperti FASAL 11.5 kecuali 11.5.8.
Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.
Bendahari
Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan.
Menerima dan menyimpan di bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa Tadbir segala wang kepunyaan Majlis.
Menyimpan dan mengemaskini segala buku kira-kira kepunyaan Majlis ini.
Menyedia laporan kira-kira Tahunan Majlis ataupun kira-kira semasa jika dikehendaki oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis.
Membentangkan akaun dalam mesyuarat jawatankuasa dan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
Membayar bil-bil Majlis
Bendahari bersama-sama Pengerusi atau Setiausaha hendaklah menandatangani cek dan baucar yang dikeluarkan oleh Majlis ini.
Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis.
Melaporkan kepada Ahli-Ahli dan Jawatankuasa Tadbir Majlis kedudukan harta, kewangan dan apa-apa milik Majlis.
Mengutip Yuran Tahunan Ahli sebelum bulan Mac setiap tahun
Memastikan pembayaran Yuran Tahunan Ahli dibuat kepada Bendahari Majlis Guru Besar Selangor dan diselesaikan sebelum bulan Mei setiap tahun.
Ahli Jawatankuasa Majlis
Menjalankan program atau melaksanakan tugas yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis dari semasa ke semasa.
Membayar Yuran Tahunan setiap tahun sebelum bulan Mac tahun berkenaan.
Menghadiri setiap Mesyuarat Agung Tahunan .
Jawatankuasa Tadbir Majlis
Mengawal perjalanan dan menyelesaikan masalah-masalah Majlis Guru Besar Daerah Sepang.
Menetapkan tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir dan Mesyuarat Agung Tahunan Biasa, Luar Biasa Majlis.
Mengawal dan menentukan perbelanjaan dan menamakan mereka yang ditauliahkan menandatangani cek dan menetapkan tempat menyimpan wang.
Menunaikan dan melaksanakan segala syarat yang dikehendaki oleh Perlembagaan.
Bekerjasama dengan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia, Majlis Guru Besar Negeri Selangor, agensi-agensi yang dibenarkan oleh Pendaftar, Jabatan dan Kementerian Pendidikan Malaysia, Negeri Selangor dan Daerah-daerah.
KEWANGAN
Tahun Kewangan Majlis
Tahunan Kewangan Majlis ini bermula daripada 1 Januari hingga 31 Disember setiap tahun dan hendaklah diaudit oleh Juruaudit Dalam.
Yuran
Yuran Tahunan bagi tiap-tiap Guru Besar ahli Majlis Guru Besar Daerah Sepang ialah *RM50 (Ringgit Malaysia: Lima puluh Sahaja)
Pecahan agihan yuran adalah seperti berikut:
*RM30 kepada Majlis Guru Besar Daerah Sepang
*RM10 untuk Majlis Guru Besar Negeri Selangor
RM10 untuk Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia.
Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan ahli selewat-lewatnya 14 hari sebelum bulan April atau tarikh Mesyuarat Agung Tahunan mengikut mana yang terdahulu.
*Bergantung kepada Daerah dan Negeri masing-masing.
Derma
Dengan persetujuan daripada Pendaftar, Majlis dibolehkan memungut derma atau sumbangan daripada orang ramai atau syarikat bagi tujuan menambah kewangan.
Dengan persetujuan daripada Pendaftar, Majlis dibolehkan membuat perjanjian dengan agensi perniagaan bagi mencetak, mengedar bahan-bahan pengeluarannya atau apa-apa jua kerjasama dengan mana-mana agensi yang berkaitan.
Semua sumbangan derma yang diterima daripada mana-mana pihak hendaklah diluluskan dan dipersetujui terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis.
Wang Majlis ini hendaklah disimpan di mana-mana bank yang diluluskan dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis.
Fasal 13
PINDAAN PERLEMBAGAAN
Sebarang pindaan Perlembagaan Majlis ini tidak boleh dilakukan kecuali mendapat kelulusan sekurang-kurangnya dua per tiga (⅔) jumlah perwakilan yang hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan Biasa atau Luar Biasa.
Sebarang permohonan pindaan perlembagaan Majlis ini mengikut FASAL 13.1 hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Majlis untuk kelulusan terlebih dahulu.
Pendaftar berhak meluluskan atau tidak sebarang pindaan yang dicadangkan.
Pindaan kepada perlembagaan akan berkuatkuasa mulai daripada tarikh permohonan pindaan diluluskan oleh Pendaftar Majlis.
Fasal 14
PEMEGANG AMANAH
Mana-mana Majlis Guru Besar sama ada Malaysia atau Negeri atau Daerah/Jajahan mestilah membuka akaun di mana-mana Bank Tempatan di Malaysia yang mudah bagi Pegawai-pegawai Majlis Guru Besar menyimpan wang atau harta atau berurus niaga.
Pegawai-pegawai memegang amanah Majlis terdiri daripada Pengerusi Setiausaha dan Bendahari (penandatangan cek).
Pengeluaran kewangan hanya dibenarkan jika ada dua daripada tiga orang penandatangan cek.
Bendahari dibenarkan hanya memegang wang tunai Majlis ini tidak lebih daripada RM500 dalam satu-satu masa.
Bendahari tidak dibenarkan mengeluarkan atau menggunakan wang lebih daripada RM1000 tanpa kebenaran Jawatankuasa Tadbir Majlis.
Pengauditan Tahunan Kewangan Majlis ialah dari 1hb. Januari hingga 31hb. Disember setiap tahun.
Fasal 15
PENTAFSIRAN
Jika terdapat sebarang kekeliruan berkaitan pentafsiran Perlembagaan Majlis, maka hendaklah dirujukkan kepada Jawatankuasa Tadbir Majlis ini. Pentafsiran yang dibuat oleh Jawatankuasa Tadbir Majlis adalah muktamad.
Fasal 16
PEMBUBARAN
Gabungan Majlis ini tidak boleh dibubarkan tanpa mendapat persetujuan daripada Pendaftar Majlis.
Sekiranya Majlis ini dibubarkan, segala hutang-hutang Majlis ini hendaklah dijelaskan. Wang yang berlebihan itu hendaklah dibahagi-bahagikan kepada ahli-ahli Majlis ataupun mengikut budi bicara dan keputusan Jawatankuasa Tadbir Majlis bagi tujuan kepentingan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sekolah-sekolah rendah seluruh daerah.
Fasal 17
PERTIKAIAN
Sebarang pertikaian yang berlaku tidak boleh dibawa ke mahkamah. Ia hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh Pendaftar Majlis.
MAJLIS GURU BESAR DAERAH SEPANG
2021
TAMAT -